Monday, July 23, 2012

Tunjukkan sedikit disiplin di kaunter bayaran "10 Barangan Ke Bawah"

Tarikh: Shah Alam 22 Julai 2012
Tempat: Tesco Shah Alam, Tempat Bayaran untuk "10 Barangan ke bawah".


Apakah ini sebenarnya sekadar petunjuk kepada perkara yang lebih besar, bahawa ramai orang Malaysia di kota-kota tidak berdisiplin? Apakah syarikat korporat mempunyai tanggungjawab "membentuk" peribadi yang lebih baik?

Tidak dinafikan apabila manusia tidak diselia, kecenderungan untuk menguntungkan diri sendiri akan timbul dalam bentuk-bentuk tertentu. Saya jarang kali ke Tesco Shah Alam, mahupun pasaraya-pasaraya mega, kerana agak pasti kedudukan mereka yang besar juga bertaut dengan pembelian yang besar. Semalam, pada jam 12.30 tengahari, saya bertandang ke Tesco Shah Alam. Selepas mengambil dalam 5 barang, saya pun ke deretan kaunter bayaran. Di setiap kaunter, terdapat lebih 5 atau 6 pelanggan yang menunggu.

Oleh kerana saya bercadang membeli barangan kurang dari 10, saya bergerak terus ke kaunter bayaran di tengah, untuk "10 Barangan ke Bawah". Terdapat 4 kaunter tersebut dan di setiap kaunter, terdapat 12 pelanggan menunggu.

Malangnya, terdapat pelanggan yang menunggu dengan lebih 10 barangan setiap satu.

Ini sememangnya memperlahankan khidmat perkhidmatan Tesco itu sendiri, dan mengecewakan.

Dari pihak peribadi, saya cuma dapat teka, ibu, seperti dalam gambar di atas, memberi contoh buruk kepada anak-anaknya, untuk tidak mematuhi arahan pekedai.

Dari pihak awam pula, saya rasa Tesco bertanggungjawab mengawal supaya hanya yang betul-betul mematuhi arahan sahaja dikhidmat di kaunter tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan pergeseran di antara pelanggan dan juga sebagai didikan yang baik bagi warga kota.

Thursday, July 12, 2012

Memegang Pintu

Kenapa orang Malaysia tidak memegang pintu? Adakah orang Malaysia mengucapkan terima kasih apabila pintu di pegang dari tertutup untuk kita?

Semalam, di lobi bangunan pejabat saya di Kuala Lumour, seorang warga kerja bangsa Eropah hampir terduduk (atau terkejut badak). Saya telah mendahului nya melalui satu pintu kaca di lobi tersebut. Saya telah memegang pintu untuk menyenangkan laluannya. 5 langkah ke depan beliau terus berpusing ke arah saya seraya berkata "dah lama orang tak memegang pintu di sini","awak bukan orang sini mungkin". Saya hanya tersenyum.

Sebenarnya saya sedih. Agak bahaya bila pintu tidak dipegang untuk orang lain. Ianya juga memberi gambaran bahawa kita adalah suatu masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Mengikut suatu blog:

"Holding doors open isn’t something you need to do just for women. It’s an act of common courtesy that you can show to any person whether they be man or woman. If you get to the door first before a dude, holding the door open for him is completely fine.
And if someone opens a door for you, always smile and say, “Thank you!”"

"Memegang pintu bukanlah sesuatu yang perlu anda lakukan hanya untuk wanita. Ia merupakan satu budi bahasa yang dapat ditunjukkan kepada mana-mana orang, lelaki dan perempuan. Jika anda sampai ke pintu terlebih dahulu sebelum seorang lelaki, megang pintu untuknya adalah berbudi bahasa.


Dan jika seseorang membuka pintu untuk anda, sentiasa tersenyum dan berkata, "Terima kasih!""

Sebenarnya penting untuk kita beramal memegang pintu. Ini adalah kerana ianya sebagai contoh yang baik bagi anak-anak dan juga mengurangkan insiden-insiden kecederaan bagi mereka yang berjalan terus ke arah pintu yang dibiarkan tertutup oleh kita.