Monday, July 23, 2012

Tunjukkan sedikit disiplin di kaunter bayaran "10 Barangan Ke Bawah"

Tarikh: Shah Alam 22 Julai 2012
Tempat: Tesco Shah Alam, Tempat Bayaran untuk "10 Barangan ke bawah".


Apakah ini sebenarnya sekadar petunjuk kepada perkara yang lebih besar, bahawa ramai orang Malaysia di kota-kota tidak berdisiplin? Apakah syarikat korporat mempunyai tanggungjawab "membentuk" peribadi yang lebih baik?

Tidak dinafikan apabila manusia tidak diselia, kecenderungan untuk menguntungkan diri sendiri akan timbul dalam bentuk-bentuk tertentu. Saya jarang kali ke Tesco Shah Alam, mahupun pasaraya-pasaraya mega, kerana agak pasti kedudukan mereka yang besar juga bertaut dengan pembelian yang besar. Semalam, pada jam 12.30 tengahari, saya bertandang ke Tesco Shah Alam. Selepas mengambil dalam 5 barang, saya pun ke deretan kaunter bayaran. Di setiap kaunter, terdapat lebih 5 atau 6 pelanggan yang menunggu.

Oleh kerana saya bercadang membeli barangan kurang dari 10, saya bergerak terus ke kaunter bayaran di tengah, untuk "10 Barangan ke Bawah". Terdapat 4 kaunter tersebut dan di setiap kaunter, terdapat 12 pelanggan menunggu.

Malangnya, terdapat pelanggan yang menunggu dengan lebih 10 barangan setiap satu.

Ini sememangnya memperlahankan khidmat perkhidmatan Tesco itu sendiri, dan mengecewakan.

Dari pihak peribadi, saya cuma dapat teka, ibu, seperti dalam gambar di atas, memberi contoh buruk kepada anak-anaknya, untuk tidak mematuhi arahan pekedai.

Dari pihak awam pula, saya rasa Tesco bertanggungjawab mengawal supaya hanya yang betul-betul mematuhi arahan sahaja dikhidmat di kaunter tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan pergeseran di antara pelanggan dan juga sebagai didikan yang baik bagi warga kota.

No comments:

Post a Comment