Thursday, August 9, 2012

Stand and Deliver - Adoi - Jangan la


Orang putih merujuk kepada "highwaymen" jika frasa "stand and deliver" disebut. Kenali makna frasa tersebut di sini.

Menarik laporan akhbar baru-baru ni. Rujuk kepada NST 1 August 2012: Laporan tersebut menyebut cadangan oleh Special Commission to Study the Transformation of the Civil Service supaya kutipan serta merta kompaun pesalah trafik.  Ini dirumuskan oleh Pengerusinya Tun Zaki Azmi.

Alamak, Yang Amat Arif, takkanlah macam ini sekali. Saya kurang setuju la cadangan sebegitu. Kerana:

1. Seseorang yang disaman hanyalah dituduh, dan di bawah sistem perundangan Malaysia, oleh itu tidaklah wajar diarah keluarkan dompet serta merta.

2. Pembayaran bagaimana? Jika secara tunai, bertambah tanggung warga kerja kepolisian negara kita. Pada masa sekarang pun, tugas mereka amat lah sibuk, dengan amat kurangnya anggota untuk memantau pematuhan undang-undang lalu lintas. Apabila, dikutip serta merta, kerja mereka juga bertambah.

Saya cadangkan lah, mulakan operasi untuk memungut saman yang tempoh tawaran kompaun sudah tamat secara mengambil kereta yang demikian dan dihantar ke paun. Yang mula sekali, war-warkan kepada khalayak bahawa saman lalu lintas bertarikh tahun 2010 akan mula dikemas kini dan kenderaan akan ditarik untuk dibawa ke paun. Jangan tangkap pemandu, mungkin mereka sibuk, tarik kenderaan, kerana kenderaan itu tidak ada kerja.

Yang kedua, saya cadangkan juga, bermula Oktober 2012, selama 3 bulan, lakukan operasi lalu lintas secara penggandaan anggota dari tempat ke tempat, dan bagi saman yang dikeluarkan pada tempoh penggandaan tersebut dan seterusnya, kita segera melakukan tindakan seperti di atas.

Oleh yang demikian, kerajaan bukan sahaja dapat mendidik, tapi kutipan kompaun juga akan meningkat.

Yeeha!

No comments:

Post a Comment